Thursday, 14 February 2013

ICELAND : PERCUTIAN DI DALAM GUNUNG BERAPI


Percutian ke Eropah? Ramai orang dah buat. Percutian ke kepulauan Maldives? Sesetengah orang dah buat. Percutian ke Angkasa Lepas? Sheikh Muzapfar Syukor dah buat. Bagaimana pula dengan percutian didalam kawah gunung berapi? Berapa ramai orang yang anda kenali mengaku pernah melakukannya? Di Reykjavik Iceland anda boleh melawat bahagian kubah magma Gunung Berapi Thrihnukagigur
Thrihnukagigur kali terakhir meletus 4000 tahun yang lalu dan kini tidak lagi aktif. Tahukah anda di Iceland terdapat 130 gunung berapi dan
hanya 18 yang masih aktif? Thrihnukagigur unik kerana anda boleh memasuki kubah magmanya. Selalunya selepas ledakan kubah magma akan runtuh dan anda hanya boleh melihat CALDERA yang ditinggalkan. Antara caldera yang paling terkenal didunia ialahTasik DanauToba di Indonesia. Di Thrihnukagigur anda akan turun sedalam 120 meter kedalam kubah magmanya. Didalam kubah magsa sebesar 70x50 meter ini anda boleh melihat sendiri bagaimankah rupa dalamanan sebuah gunung berapi. Kalau berminat silalah ke Thrihnukagigur sekarang kerana lawatan hanya dibenarkan pada waktu musim panas. Ini adalah kerana hanya ketika musim panas bahagian dalamnya "cukup panas" untuk dilawati iaitu pada suhu 6 darjah selsius. Pada waktu musim sejuk takiut yang melawat beku didalamnya. Setiap pelawat akan menghabiskan masa sealam 6 jam untuk meneroka kubah magma ini.





Laporan asal IBTimes

6 comments:

  1. Replies
    1. kalau active,,,habis semua hangus..

      Delete
  2. Jom bercuti kat sana! Hehehe.. Kalaulah banyak fulus kan, dah lama pergi nih.. Huhuhu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa.....g sana mcm sauna kot...
      panas memanjang..

      Delete
  3. widih keren goa nya :D
    sip :)

    mampir ya :)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...